Ilmuwan Optik
Masa ilmuwan-ilmuwan Islam
Islam sering kali
diberikan gambaran sebagai agama yang mundur dan memundurkan. Islam juga
dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai lapangan
ilmu. Kenyataan dan gambaran yang diberikan itu bukan saja tidak benar tetapi
bertentangan dengan hakikat sejarah yang sebenarnya.
Sejarah
telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan banyak golongan sarjana
dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidangfalsafah, sains, politik,
kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, pengobatan, dan sebagainya. Salah satu ciri yang dapat
diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah
mereka tidak sekedar dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, tetapi
dalam masa yang singkat dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara bersamaan.
Walaupun
tokoh itu lebih dikenali dalam bidang sains dan pengobatan
tetapi dia juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidangagama, falsafah,
dan sebagainya. Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah Ibnu
Haitham atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan ibnu
al-Haitham.
Perjalanan hidup
Dalam
kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenali dengan nama Alhazen.
Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354H bersamaan dengan 965 Masehi. Ia
memulai pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai
pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan
pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwazdan Baghdad.
Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada
penulisan.
Kecintaannya
kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir. Selama di sana
beliau telah mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan
mengenai aliran dan saliran Sungai Nil serta menyalin
buku-buku mengenai matematika dan falak. Tujuannya adalah
untuk mendapatkan uang cadangan dalam menempuh perjalanan menuju Universitas Al-Azhar.
Hasil
daripada usaha itu, beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang
sains, falak, matematik, geometri, pengobatan, dan falsafah. Tulisannya mengenai mata,
telah menjadi salah satu rujukan yang penting dalam bidang pengajian sains di
Barat. Malahan kajiannya mengenai pengobatan mata telah menjadi asas kepada
pengajian pengobatan modern mengenai mata.
Sains
Ibnu
Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya
mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger,
Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Ia merupakan orang pertama
yang menulis dan menemukan berbagai data penting mengenai cahaya.
Beberapa
buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggris, antara lain Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahas
mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta
bayang-bayang dan gerhana.
Menurut
Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19 derajat
di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada
di garis 19 derajat ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berhasil
menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu
Haitham juga turut melakukan percobaan terhadap kaca yang dibakar, dan dari
situ ditemukanlah teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para
ilmuwan di Itali untuk menghasilkan kaca pembesar yang pertama di dunia.
Yang
lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui prinsip isi padu udara
sebelum seorang ilmuwan yang bernama Trricella yang mengetahui perkara itu 500
tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemukan kewujudan tarikan gravitasi
sebelum Issaac Newton mengetahuinya. Selain itu, teori Ibnu Haitham mengenai
jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara
teratur telah memberikan ilham kepada ilmuwan barat untuk menghasilkan wayang
gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan film yang kemudiannya
disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat
kita lihat pada masa kini.
Filsafat
Selain
sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah, logik, metafizik,
dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Ia turut menulis ulasan dan
ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu.
Penulisan
falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi
pertikaian. Padanya pertikaian dan pertelingkahan mengenai sesuatu perkara
berpunca daripada pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya.
Beliau
juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh sebab itu semua dakwaan
kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan yang sedia ada. Jadi,
pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk disoroti.
Bagi
Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik, sains, dan
ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk
menguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu mudanya dengan sepenuhnya.
Apabila umur semakin meningkat, kekuatan fizikal dan mental akan turut
mengalami kemerosotan.
Karya
Ibnu
Haitham membuktikan pandangannya apabila beliau begitu ghairah mencari dan
mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Sehingga kini beliau berhasil
menulis banyak buku dan makalah. Di antara buku hasil karyanya:
1.
Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang
mengandungi teori-teori ilmu metametik dan metametik penganalisaannya;
2.
Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib
mengenai ilmu geometri;
3.
Kitab Tahlil ai'masa^il al
'Adadiyah tentang algebra;
4.
Maqalah fi Istikhraj Simat
al'Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat bagi segenap rantau;
5.
M.aqalah fima Tad'u llaih
mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum syarak dan
6.
Risalah fi Sina'at al-Syi'r
mengenai teknik penulisan puisi.
Sumbangan
Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan filsafat amat banyak. Kerana itulah Ibnu
Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya
dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan
hingga saat ini.
Walau
bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" oleh ilmuwan
Barat tanpa memberikan penghargaan yang patut kepada beliau. Tapi sesungguhnya,
barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam karena
tanpa mereka kemungkinan dunia Eropa masih diselubungi kegelapan.
Kajian
Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada
masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian
pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi terbelenggu
oleh pemikiran filsafat Yunani.